Dengan mendesak ahli parlimen UMNO untuk keluar dari kerajaan, Presiden UMNO jelas tidak memperdulikan untung nasib rakyat, yang sedang berjuang menghadapi pandemic COVID-19.
Berada di dalam kedudukan baik untuk memberi khidmat dan membuktikan keupayaan mentadbir kerajaan menentang musuh yang tidak kelihatan, Presiden UMNO memilih untuk mengundurkan leftenan-leftenannya dari medang perang.
Hal inilah yang mendapat kecaman dari netizen, yang rata-ratanya mengkritik pendekatan Presiden UMNO yang dilihat berkepentingan peribadi. Dengan keyakinan rakyat ke atas ahli parlimen UMNO yang menjawat jawatan-jawatan penting di kerajaan, keputusan itu merubah keyakinan kepada pengkhianatan.
Perletakan jawatan oleh 2 menterinya sebelum ini telah dikritik hebat oleh netizen.
UMNO tidak pernah belajar dengan pengalaman terdahulu, di mana desakannya pada Januari lalu untuk mengadakan pilihanraya umum telah mengundang kecaman hebat oleh rakyat, gara-gara melatakkan kepentingan politik berbanding hal-ehwal kesejahteraan rakyat.
UMNO sebenarnya bakal berdepan undi protes daripada pengundi sekiranya terus gagal meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utamanya. Untuk menang pilihanraya umum, UMNO tidak mempu hanya bergantung kepada undi daripada ahli-ahlinya semata.
UMNO perlu memikirkan strategi untuk menawan kira-kira 22 juta pengundi berdaftar, dan tidak hanya berkisar kepada 3 juta ahlinya sahaja.
UMNO memerlukan ‘tactical move’ untuk keluar dari rasa tidak puas hati rakyat kerana keputusan kurang tepat oleh presidennya. Ia membuktikan ‘If you can get one minister resign’ bukanlah keputusan yang baik. Apatah lagi ianya didendangkan ala-ala “countdown” oleh penyokong presiden, keterujaan itu dilihat milik sebahagian ahli-ahli UMNO dan Pakatan Harapan, sedangkan rakyat rasa meluat dan dikhianati.
Dengan tradisi dan perlembagaannya yang menjunjung institusi raja-raja Melayu, titah Sultan Johor dan Pemangku Raja Pahang yang berdukacita dengan permainan politik dan rebut kuasa di kala pendemik, UMNO perlu kembali merenung kembali hala tuju perjuangannya.