Asia Tenggara Diserang Varian Delta, Indonesia Paling Teruk Terjejas
Varian Delta Covid-19 telah menyerang Asia Tenggara dalam beberapa minggu terakhir ini dan merencatkan kemajuan banyak negara dalam menangani pendemik Covid-19.
Indonesia paling teruk terkesan. Peningkatan kes baru di Indonesia telah melonjak ke paras terburuk sejak pandemik bermula – lebih empat kali ganda dalam tempoh tidak sampai sebulan.
Satu dari empat orang yang mengambil ujian Covid-19 di Indonesia kembali positif, dan peratusan kematian setiap kes positif meningkat menjadi 2.6 peratus minggu ini, angka kematian tertinggi di Asia Tenggara setakat ini.
Namun dipercayai pandemik ini lebih teruk berbanding angka rasmi kerana jumlah ujian yang terhad di Indonesia. Ujian hanya akan dilakukan pada kontak rapat, justeru ada kemungkinan jumlah sebenar terjangkit Covid-19 lebih besar dari yang dilaporkan.
Hospital telah dilanda kebanjiran pesakit dan banyak yang terpaksa mendirikan wad kecemasan di khemah luar. Puluhan orang mati pada hujung minggu sebahagiannya dilaporkan kerana kekurangan bekalan oksigen.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan memberitahu wartawan pada 6 Julai bahawa Indonesia telah memesan 10,000 unit alat bantuan pernafasan (oxygen concentrator) dari Singapura dan sedang berbincang dengan China dan pihak lain untuk memperoleh lebih banyak.
Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin pula memaklumkan penambahan hampir 8000 katil hospital di wilayah Jakarta Besar.
Menteri Kewangan Indonesia pada 2 Juli mengumumkan bahawa pemerintah akan meningkatkan pengeluaran sebanyak USD 7.7 bilion untuk bantuan sosial dan USD 12.8 bilion untuk perawatan kesihatan sebagai tindak balas terhadap lonjakan kes Covid-19.
Ini juga bertujuan mengurangkan kesan ekonomi akibat pelaksanaan sekatan yang lebih ketat sejak 2 Julai lalu. Sekatan-sekatan ini merupakan langkah yang hampir menjadikan seluruh Indonesia melakukan penutupan penuh (full lockdown).
Langkah-langkah termasuk: mesnyaratkan bukti vaksinasi dan ujian Covid-19 negatif bagi perjalanan antara antara bandar dan antara wilayah; mewajibkan semua pekerja yang tidak penting bekerja dari rumah; mengehadkan waktu dan kapasiti waktu makan; dan menutup taman, pusat membeli-belah, dan tempat awam lain, termasuk rumah ibadat.
Dalam keadaan pandemik yang sangat serius, langkah-lankah fisikal sahaja tidak mencukupi. Indonesia sedang menuju bencana tanpa bantuan global yang cepat.
Amerika Syarikat berada dalam kedudukan untuk membantu, baik secara dua hala, melalui inisiatif global seperti skim perkongsian vaksin COVAX, atau melalui kerangka kerja kerjasama pelbagai hala seperti Quad.
Pada 5 Julai, Amerika Syarikat memberikan 1 juta dos vaksin Pfizer ke Malaysia. Pada 6 Julai, pihaknya mengirimkan Vietnam 2 juta dos vaksin Moderna melalui program COVAX. Dan Filipina menjangkakan akan menerima 3 juta dos vaksin Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat melalui COVAX sebelum akhir bulan Julai.
Sekutu anggota Quad, Australia dan Jepun juga meningkatkan bantuan mereka ke Asia Tenggara. Jepun pada 1 Julai menghantar 1 juta dos AstraZeneca ke Indonesia dengan komitmen untuk memberikan 1 juta lagi sebelum akhir bulan.
Tokyo minggu ini juga menjanjikan bantuan lebih dari USD100 juta kepada Filipina untuk memperbaiki sistem penyimpanan vaksin rantai sejuk negara. Canberra mengumumkan pada 7 Julai bahawa ia akan memberikan sumbangan sebanyak 2.5 juta vaksin AstraZeneca dengan 1,000 ventilator dan peralatan perubatan kritikal kepada Indonesia.
Australia juga berkomitmen untuk menyumbangkan hingga 15 juta vaksin kepada Timor-Leste, Fiji, dan Papua New Guinea pada pertengahan 2022.
Krisis yang meningkat di Indonesia – dan situasi yang semakin buruk di Kemboja, Myanmar, Thailand, dan Vietnam, yang semuanya mengalami tingkat pertumbuhan kes tertinggi sejak dimulainya wabak ini – adalah peringatan yang menyedihkan, bahawa walaupun vaksin dilancarkan di Amerika Syarikat dan Eropah, wabak Covid-19 belum mereda di tempat lain.
Walaupun Indonesia adalah salah satu negara pertama di Asia Tenggara yang mula menyebarkan vaksin, peratusan individu yang divaksinasi sepenuhnya sekitar 5 peratus. Semua negara lain di rantau ini kecuali Singapura dan Kemboja belum mencapai dua digit.
Sebelum varian Delta – yang lebih mudah merebak berbanding strain Covid-19 sebelumnya ia boleh – menjadi dominan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, adalah sangat penting untuk Washington dan rakan-rakannya menggandakan usaha untuk meningkatkan akses vaksin di Asia Tenggara dan di seluruh dunia bagi mencegah penyebaran varian baru yang akan datang.
Tulisan ini adalah terjemahan bebas dari artikel ‘The Latest on Southeast Asia: July 8, 2021” – The Center for Strategic and International Studies (CSIS)