KUALA LUMPUR – Berhadapan ancaman China di Laut China Selatan, Malaysia kini dipercayai bekerjasama dengan Pusat Perisika Amerika Syarikat (CIA) bagi menjalankan operasi risikan, pemantauan dan penyelidikan melibatkan sempadan laut negara.
Menurut sumber, operasi yang berlangsung sejak 6 bulan lalu antara agensi perisikan negara dan CIA bertujuan bertujuan menangani ancaman China di rantau Asia Pasifik terutamanya Laut China Selatan.
Walaupun negara mempunyai dasar berkecuali, namun kerjasama dengan kuasa besar ini tidak lagi dapat dielakkan kerana China semakin aggresif menjalankan aktiviti ketenteraan dan perisikan dalam lingkungan peta nine dash line mereka.
Keputusan timbang tara antarabangsa The hague menolak peta nine dash line yang menuntut sempadan laut Taiwan, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Malaysia tidak menghalang China dari meneruskan penjelajahan melepasi sempadan maritim negara lain. China telah beberapa kali berkonflik dengan kapal Filipina dan Vietnam, serta menceroboh perairan Malaysia secara senyap.
Bagaimanapun sumber perisikan menafikan kerjasama dengan CIA ini bakal menjejaskan dasar berkecuali negara.
“Apa yang difahami ini merupakan operasi strategi grey zone. Ia tidak melibatkan melibatkan aset tentera tetapi lebih kepada perang saraf (wafare),” jelas sumber terbabit.
Sementara itu, pemerhati keselamatan negara melahirkan rasa bimbang mengenai kerjasama penyelidikan dan pemantauan bersama CIA ini boleh menyebabkan data-data perairan negara disalah guna oleh agensi tersebut pada masa hadapan.